Photobucket Photobucket
Photobucket

Sunday 31 July 2011

HeRe Is RaMadHAn~ :)

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Ini entry 'wajib'. Haha. Hampir semua blog aku tengok akan ceritakan kat blog mereka tentang pengalaman, Ramadhan, puasa, sahur, berbuka, ok raya pun ada. -Gilalahhweh!!!- *ok, tipu. Haha. So dah masuk bulan Ramadhan 1432H. ... ... ... ... *Apa aku nak ek tadi? Adeh! Lupa dah. Tengah sejuk2 ni, agaknya otak jadik kecut. Haha. *Entry ini dibuat pada pagi-pagi buta 1 Ramadhan. Oh! Aku sangat seronok hari ni sebab dapat jalan - jalan ke Kolej Rafflesia pukul 5.00 pagi mengharapkan adanya sebutir nasi di situ. Tapi, malangnya sampai - sampai je, hanya angin lalu - lalang dan bunyi cengkerik. Haha. Tension aku. So last2 balik bilik menghadap biskut Munchy's Lexus dan Nescafe Mild jelahh beserta air masak cap heater. Ahha. Oh yerk! Aku suka sangat tarawikh kat sini! Ramai gilerr! Dah macam masa MDS lak. Pastu kat sini lain daripada yang lain. Lepas rakaat ke-4, tiba-tiba imam naik mimbar. Sejak bilalahh tarawikh ada khutbah nihh? Haha. Rupa - rupanya tazkirah & kat sini buat 8 rakaat je. Pastu lepas witir, lepas niat puasa untuk esok, terus habis takde doa2. Terkebil-kebil aku masa tu. Haha. Walaupun ramai, suasana still best! :)

Teringat Ramadhan sebelum2 ni. Bila mana masa tadika dulu dah kena belajar puasa penuh & ayah ugut tak puasa, takde duit raya. Ciss. Time tu aku punya suci, puasa jelahh. Tak puasa kang, tak dapat duit raya lak. Haha. Masa Form 3 dulu baru hari kedua puasa dah pasang lagu raya kat speaker asrama. Nasib baik masa tu warden takde. Kalau tak, tergugat puasa warden aku tu. Haha. & paling best 4 sure lahh puasa kat MRSM Gemencheh. Waa~ sangat rindu weiyh! Pukul 4.30 pagi lagi DS dah bukak untuk sahur. Dengan tak mandi, tak basuh muka, berbajukan tidur, *apa ayat ko ni muiz? terus pergi DS. Haha. Masa Form 4 dulu, teringat batch sendiri memekak kejut sahur ramai - ramai. Murni kan mereka? Tapi tak berapa nak murni bila cara diorang kejut macam nak mintak penyepak! Haish! Sampai sekarang aku ingat. Dulu serious sakit hati gila. Tapi sekarang, tersenyum jelahh. Semua tu kenangan manis. Then lepas sahur, ramai yang tidur balik. Giliran BADAR lak balas dendam kejut bagai nak gila untuk turun subuh. Tapi kurang berkesan sebab mereka tak berapa berpengaruh. Biasalahh. Buat baik, fikir 7/8 kali kan? Time buka masa Form 5, pukul 6 lagi dah pergi DS ambik dulu makanan sebab taknak beratur punya pasal. Bila time berbuka, kering je dah. Haha. Pastu time berbuka, usha2 'beliau'. HAHAHA. Taklahh. :)



Semua tu kenangan. Realiti sekarang aku ber-Ramadhan kat tempat baru baru sekarang. & semuanya sendiri.  Kalau aku tak buka pun, takde sape kesah. Haha.



Tahun ini ia datang lagi,Masih membawa wasiat dan tujuan sama dari RABB ,Tahun ini ia datang lagi ,Tapi berbeza sewaktu ku di bumi Gemencheh.

Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,Terpaut sudah satu janji untuk setia ,Satu janji untuk selama-lamanya ,Atas tiket ukhwahfillah kerana TUHAN ;Mencari keredhaanNYA .

Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,“ Jal buka nak makan pe ?”“ Bagun sahur , DS masak ayam”“ Nak beli rotI john tak ari ni?”“ Lapar la , tak sahur tadi”Coretan dari teman sebagai selera Ramdhan.

Oh Ramadhan Kau datang lagi ,Tapi kau datang dengan situasi berbeza,Tiada lagi teman yang duduk semeja kuning di Dewan Selera ,Tiada lagi kejut suhur yang mencuriga ,Tiada juga suara qiam dan ayat-ayat quran dari meraka juga ...

Ramadhan di GemenchehSesuatu yang tak berulang ,Tapi harus disimpan sebagai bekalanUntuk berada di jalan persahabatan menuju syurga Tuhan .
[ Sumber : Faizal Ismail ]


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK pada seluruh keluarga, rakan-rakin, cikgu-cikgi SKSYP, SMKDSE, SMKAS, MRSM Gemencheh, Kem PLKN Nasuha, UiTM Kampus Puncak Alam. Sama - sama hidupkan Ramadhan ea~?

*Sahur tadi ibu kejutkan. Ibu tanya sahur makan apa? Bila aku cakap makan biskut je kot. Ibu cakap "takpelahh de", aku terdengar ibu sebak. Yelahh, ibu siapa yang sanggup tengok anak sendiri makan biskut je sahur sedangkan dia makan sedap - sedap kat rumah. Lagi lahh ni 1 Ramadhan. "Ibu, abg De tak kisah. :)"

*Insya-Allah Ramadhan ni tak macam yang lepas - lepas. Janji.


No comments:

Post a Comment